Friday, May 10, 2013

Pengenalan











Seri Rimbun Trading ditubuhkan pada 3 Julai 2003 dan telah didaftarkan secara rasminya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 27 Ogos 2003.Perniagaan utama Seri Rimbun Trading adalah sebagai "event management" iaitu dengan kata lain memberi khidmat nasihat dan mengurus hiasan dalaman di dalam sesebuah organisasi atau syarikat. Ianya termasuklah membekal peralatan, memberi idea bagaimana untuk menyerikan dan mencantikkan sesebuah kawasan atau bilik seperti menghias bilik mesyuarat, membuat landskap di premis perniagaan atau  di rumah dan pelbagai lagi perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan.

Seri Rimbun Trading mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang gubahan bunga bagi sesuatu majlis atau untuk "event" yang tertentu iaitu dari segi formal atau majlis informal. Hiasan dalaman ini tidak hanya terhad kepada gubahan bunga sahaja malah ia juga merangkumi, membekal, menjahit dan memasang langsir, perhiasan dinding, menyediakan peralatan, kelengkapan termasuklah menyediakan "mineral water" seperti di bilik mesyuarat.

Bagi memastikan mendapat kualiti kerja yang terbaik, kerja-kerja hiasan dalaman ini dilakukan sendiri oleh perunding bertauliah yang telah berkecimpung dalam bidang ini lebih daripada 10 tahun. Di samping itu, peralatan dan barang-barang yang diberikan bagi melengkapkan proses hiasan dalaman ini juga diambil dari pembekal yang menawarkan kualiti dan harga yang berpatutan. Ini adalah penting bagi memastikan mutu bagi perkhidmatan yang ditawarkan adalah tinggi serta mampu dimiliki dan dibiayai oleh semua jenis perniagaan. Ianya selaras dengan moto atau objektif syarikat iaitu "To Excell". 

No comments:

Post a Comment