Friday, May 10, 2013

Pengenalan











Seri Rimbun Trading ditubuhkan pada 3 Julai 2003 dan telah didaftarkan secara rasminya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 27 Ogos 2003.Perniagaan utama Seri Rimbun Trading adalah sebagai "event management" iaitu dengan kata lain memberi khidmat nasihat dan mengurus hiasan dalaman di dalam sesebuah organisasi atau syarikat. Ianya termasuklah membekal peralatan, memberi idea bagaimana untuk menyerikan dan mencantikkan sesebuah kawasan atau bilik seperti menghias bilik mesyuarat, membuat landskap di premis perniagaan atau  di rumah dan pelbagai lagi perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan.

Seri Rimbun Trading mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang gubahan bunga bagi sesuatu majlis atau untuk "event" yang tertentu iaitu dari segi formal atau majlis informal. Hiasan dalaman ini tidak hanya terhad kepada gubahan bunga sahaja malah ia juga merangkumi, membekal, menjahit dan memasang langsir, perhiasan dinding, menyediakan peralatan, kelengkapan termasuklah menyediakan "mineral water" seperti di bilik mesyuarat.

Bagi memastikan mendapat kualiti kerja yang terbaik, kerja-kerja hiasan dalaman ini dilakukan sendiri oleh perunding bertauliah yang telah berkecimpung dalam bidang ini lebih daripada 10 tahun. Di samping itu, peralatan dan barang-barang yang diberikan bagi melengkapkan proses hiasan dalaman ini juga diambil dari pembekal yang menawarkan kualiti dan harga yang berpatutan. Ini adalah penting bagi memastikan mutu bagi perkhidmatan yang ditawarkan adalah tinggi serta mampu dimiliki dan dibiayai oleh semua jenis perniagaan. Ianya selaras dengan moto atau objektif syarikat iaitu "To Excell". 

Dekorasi Bunga Segar










Bunga segar adalah hadiah kegembiraan, kehangatan, kesetiaan dan panjang umur. Ia mempunyai keupayaan unik untuk membekalkan tenaga dan kecergasan dalam apa jua keadaan. Kebiasaannya, bunga segar ini digunakan untuk majlis-majlis yang tidak memakan masa yang lama. 

 

Dekorasi Bunga Tiruan








Bunga tiruan merupakan alternatif  bagi mereka yang alah kepada bunga segar. Ia kelihatan seperti bunga sebenar serta tahan untuk jangka masa yang lama. Kebiasaannya, bunga tiruan ini didekorasi pada bahagian kaki meja kaunter dan pentas.

Senarai Pelanggan









(1) Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya
(2) Akademi Seni Kebangsaan
(3) Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya
(4) Jabatan Muzium & Antikuiti
(5) Kem. Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
(6) Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya
(7) Jabatan Pendidikan Tinggi, Putrajaya
(8) Jabatan Perdana Menteri (MAMPU), Putrajaya
(9) Jabatan Latihan Khidmat Negara
(10) HMS Corporation Sdn. Bhd.
(11) Jabatan Standard Malaysia, Putrajaya
(12) Lembaga Akreditasi Negara, Petaling Jaya
(13) Kementerian Pertahanan Malaysia
(14) Mahkamah Seksyen dan Majistreet
(15) Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Putrajaya
(16) BTV Productions Sdn. Bhd.
(17) Kementerian Sumbar Asli dan Alam Sekitar
(18) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(19) Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi, Putrajaya
(20) Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
(21) LHDN, Shah Alam
(22) Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(23) Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Bukit Jalil
(24) Kementerian Penerangan
(25) Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya
(26) Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Jalan Duta
(27) Badan Pencegah Rasuah, W. Persekutuan
(28) Jabatan Muzium dan Antikuiti Muzium Sejarah Nasional
(29) Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya
(30) Jabatan Pendidikan Swasta, Putrajaya
(31) Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(32) Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia (INTAN)
(33) Jabatan Kerja Raya, Selangor
(34) Yayasan Pelajaran Mara (UNISEL), Shah Alam
(35) Institut Integriti Malaysia
(36) Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur
(37) Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Wilayah Persekutuan
(38) Jabatan Pembangunan Komuniti Sosial, DBKL
(39) Jabatan Seni Taman & Kawalan Pembersihan Bandar, DBKL
(40) L.H.D.N., Cawangan Petaling Jaya
(41) Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), KWAP
(42) Majlis Perbandaran Subang Jaya, MPSJ
(43) Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar, Putrajaya
(44) Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Shah Alam
(45) Jabatan Pengangkutan Jalan, Wangsa Maju
(46) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Putrajaya
(47) Bhg. Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, Putrajaya
(48) Jab. Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan, Shah Alam
(49) Jabatan Insolvensi Malaysia
(50) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia